Tuesday, July 26, 2011

Menjelang Ramadhan al Mubarak.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Menjelang kedatangan " Ramadhan Mubarak" .

Salam ramadhan & selamat melaksanakan ibadah shaum/puasa, semoga ianya dapat meningkatkan keimanan & ketaqwaan kita dibulan yang suci dengan penuh keberkatan dan maghfirahnya.

Shaum atau Puasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak meliputi kata-kata, mahupun do'a-do'a tertentu dan juga memperagakan gerak-geri, ianya berbentuk nyata yang tidak boleh dipegang [dirasa], ia adalah satu sikap pasif yang berbentuk penghindaran kepada diri dari segala kegemaran atau kesukaan, baik merupakan yang berbentuk makanan, minuman mahupun berupa hawa nafsu....

Umumnya puasa adalah menghindari diri dari nafsu-nafsi dan khususnya menghindari dari pendengaran, penglihatan, lidah dan seluruh anggota tubuh dari segala bentuk dosa.

Oleh yang demikian puasa itu adalah suatu ibadah dari usaha pendekatan diri kepada Allah SWT. Sama-samalah kita mengerjakannya dengan berkeyakinan, semoga ianya akan mendapat keredhaan dan diberkati olehNya.

Dikesempatan ini saya mengucapkan "Salam Ramadhan" buat semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT, " Ma'af Zahir dan Batin ".

Wassallam.


Ramadhan al Mubarak

Wednesday, July 13, 2011

Nasihat.



  
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sentiasa bersedia dan serahkan diri ini untuk melaksanakan hukum agama kepada segala peraturan dan undang-undang Islam, kerana Islam di ambil dari perkataan "Selamat", yang membawa maksud "Selamat Dunia dan Akhirat". Janganlah sesekali mengkiaskan sesuatu perkara mengenai urusan agama yang bersabitkan dengan hukum itu menurut kata akal ini, oleh kerana akal itu terbatas cara berfikirnya sepertimana terbatasnya penglihatan kita melihat.

Wallahu a'lam.

Selamat


 

Friday, July 8, 2011

Makna Syahadah " لا إله إلاَّ الله "


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syahadah dalam bahasa Arab bermakna satu perkhabaran yang tepat. Perkhabaran ini pula tidaklah tepat melainkan dengan ilmu yang kukuh. Jadi maksud syahadah ialah perkhabaranterhadap ilmu yang teguh dan kukuh. Kalimah " ilah " dalam bahasa Arab pula bermakna yang berhak di sembah.

Makna Syahadah  " لا إله إلاَّ الله "  yang tepat ialah :
" Satu perkhabaran [pengakuan] dengan pengetahuan [ilmu] yang kukuh bahawa tidaklah berhak di sembah atau di abdikan diri kepadaNya melainkan Allah sahaja ".

Kalimah syahadah ini pula di tafsirkan oleh al-Qur'an dengan firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 64 :

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ ۚ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Maksudnya :
" Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: 
Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam ".

Maka pengakuan yang kukuh untuk beribadat hanya kepada Allah yang satu sahaja dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu atau mengambil tuhan-tuhan selain dariNya, adalah apa yang di kehendaki oleh kalimah syahadah.

Terdapat satu golongan yang menyalah  tafsirkan kalimah syahadah itu sebagai " Tiadalah wujud melainkan Allah ". Ini adalah salah kerana maknadari segi bahasa Arab " ilah " ialah yang di sembah. Berdasarkan tafsiran mereka yang salah ini, maka kalimah syahadah itu memberi makna tiadalah yang di sembah itu wujud melainkan Allah. Ini bermakna segala-gala yang di sembah sama ada yang hak atau yang batil saperti bulan, matahari dan lain-lain adalah Allah. Sesungguhnya makna yang betulialah tiadalah yang berhak di sembahdalam segala jenis ibadah melainkan Allah sahaja.

Wassallam.


Manhaj Aqidah ASWJ.



La ilaha illallah

Wednesday, July 6, 2011

Iman.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Setiap ayat al-Qur'an menyeru manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari membuat keburukan, akan di dahului dengan ungkapan " Wahai Orang-Orang Yang Beriman " dan seterusnya/lazimnya akan di ikuti dengan ayat hukum yang bersifat " Arahan dan Perintah ". Ia merupakan seruan kepada mereka yang telahpun beriman, di mana mereka ini akan lebih mudah menerima suruhan mahupun larangan Allah SWT dan RasulNya, jika di bandingkan dengan mereka yang belum beriman.


Allah SWT berfirman:


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ


Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.
[Surah. At Taubah: 119].

Iman yang teguh tetap memerlukan akhlak yang teguh. Berpuncanya kemerosotan akhlak di kalangan kita adalah di sebabkan oleh kelemahan akan iman itu sendiri. Semakin banyak perkara fasik yang di lakukan maka semakin berkuranganlah nilai akhlak yang di miliki dan begitu jugalah di sebaliknya, jika kurang melakukan perkara fasik dan mungkar maka baiklah akhlaknya.

Membicarakan mengenai akhlak ianya pasti menghubungkan dengan sistem hidup Islam yang di dirikan atas paksi tauhid, yang mampu mencetuskan akhlak, kesusilaan hidup [skop yang amat luas],peraturan sosial, etika berekonomi dan seumpamanya.

Seseorang yang lemah akan imannya maka ia akan lebih mudah di pengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak sihat.

Wallahu a'lam.



Iman