Sunday, June 26, 2011

Siapa [Who] ?



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Renungan:


SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya
?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas
?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka...

Siapakah orang yang Kedekut
?

Orang yg kedekut ialah orang yang membiar atau membuang email [coretan] ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain.


Siapa?

RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL!!!

Thursday, June 23, 2011

Menjaga Sembahyang [Solat].



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

Menjaga waktu sembahyang adalah tuntutan yang wajib untuk di jaga dengan sempurnanya.
Di dalam perkara ini pada setiap sembahyang fardhu hendaklah di kerjakan bila telah masuk pada waktunya untuk bersembahyang.

Firman Allah SWT:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Maksudnya:
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang di wajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
[Surah An Nisa: 103]

Ia juga di perjelaskan lagi di dalam sepotong hadith dari Abdullah Ibnu Mas'ud r.a menceritakan;
Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w; Amal manakah yang paling di cintai oleh Allah SWT?
Jawab Rasulullah s.a.w: Sembahyang [solat] di awal waktunya.
Ibnu Mas'ud bertanya lagi; Sesudah itu apa lagi ya Rasulullah?
Jawab Rasulullah s.a.w: Berbuat baik kepada ibu bapa.
Ibnu Mas'ud bertanya lagi; Kemudian apa lagi ya Rasululullah?
Rasulullah s.a.w menjawab: Jihad fi sabilillah.
[HR.Bukhari & Muslim]

Perkara tersebut tergulung juga di dalam pengertian menjaga solat, yakni melaksanakan ibadat solat itu dengan kaifiyat sebagaimana yang telah di ajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Baginda sendiri pernah menegaskan;
Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.
[HR.Bukhari & Muslim]

Pendekatan kepada perkara ini perlu di titip dengan memahami tujuan untuk mengerjakan sembahyang secara mendalam. Sembahyang bukan sahaja mengandung makna menjaga solat atau mendirikan solat dengan menyempurnakan gerak badan sahaja, ia juga wajib di lengkapi dengan gerak hati. Gerak hati itu bermaksud bersolat dengan penyertaan hati batin yang tetap, tepat dan jitu.

Ini adalah satu jaminan untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat, zahir dan batin, ianya menuntut " di mulai dengan solat dan di kunci dengan solat."
Seperti yang tercatit di dalam Al Qur'an;
Allah SWT berfirman:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
 
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

Maksudnya:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

Maksudnya:
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[Surah Al Mu'minuun: 1 - 2]

Di sini begitu jelas sekali betapa pentingnya fungsi sembahyang itu di dalam agama Islam, ianya di tuntut untuk di kerjakan.

Apabila sembahyang sudah mendapat tempat di hati maka dengan mudah amalan-amalan yang lainnya dapat melekat di dalam diri ini untuk di lakukan dengan khusyu' dan tawaduk. Maka ia akan menjadi perkara rutin yang menyeronokan buat kita, boleh menjadi manusia yang sempurna serta berwawasan untuk meneruskan amanah ini kelak kepada keluarga dan masyarakat semata-mata kerana Allah SWT, Tuhan semesta alam. Berkeyakinan untuk melaksanakan tugasan beribadah ini dengan ikhlas dan sempurna akan dapat menjadikan seseorang itu Islam yang mukmin lagi beriman, menjadikannya bekalan atau ganjaran buat diri, yang akan di bawa ke-alam akhirat kelak.

InsyaAllah, berdo'alah kepada Allah SWT agar anugerah hidayahNya buat kita, di mana segala-galanya adalah ketentuan dariNYa.
Semoga ia dapat di terima dan di perkenankan olehNya...Allahuakbar!
Wallahu a'lam.


Solat Berjemaah

Friday, June 17, 2011

Alhamdulillah, Allah berikan 'Hikmah Kebijaksanaan'.



السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه

Sesungguhnya terdapat perbezaan di antara orang yang BERILMU dengan orang yang TIDAK BERILMU.

Begitu juga dengan mereka yang memiliki ILMU YANG BERGUNA (BERFAEDAH) dengan ILMU YANG TIDAK BERGUNA (BERFAEDAH).

Mereka yang memiliki ILMU YANG BERGUNA (BERMANFAAT) adalah mereka yang Allah berikan HIKMAH KEBIJAKSANAAN.

Maka dengan itu, orang-orang yang Allah berikan HIKMAH KEBIJAKSANAAN ini adalah mereka yang Allah berikan rahmat dan kebaikan Nya.

Hendaklah kita SENTIASA BERSYUKUR apabila Allah kurniakan kepada kita HIKMAH KEBIJAKSAAN kerana ramai manusia yang mempunyai ilmu tetapi mereka tetap dungu, bodoh, buta dan tuli. Mereka tidak dapat membezakan yang HAK dan BATIL.

Allah SWT berfirman:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." (al-Baqarah 2:269)

Rasulullah saw menegaskan tentang pentingnya menuntut ILMU dengan sabdanya; "Tuntutlah ILMU, sesungguhnya menuntut ILMU adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah. Sesungguhnya ILMU pengetahuan menempatkan orangnya dalam kedudukan yang terhormat dan mulia (tinggi). ILMU pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat. (HR. Ar-Rabii')

Mudahan kita semua dirahmati Allah selalu. Selamat menunaikan amal ibadah di hari Jumaat yang mulia ini!


PDA.

--------------------------------------------------------------------------------------
"Glory be to You, we have no knowledge except what You have taught us. Verily, it is You, the All-Knower, the All-Wise [al-Baqarah 2:32]

Thursday, June 16, 2011

Surah Fussilat [1 - 54].



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

حم   .1  

Haa, Miim

2.   تَنْزِيلٌ مِنَ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ    

Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

3.   كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ    

Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.

4.   بَشِيرًا وَنَذِيرًا فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ    

Dia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.

5.    وَقَالُوا قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ وَفِي آذَانِنَا وَقْرٌ وَمِنْ بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ فَاعْمَلْ إِنَّنَا عَامِلُونَ    

Dan mereka berkata: Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)!

6.    قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ ۗ وَوَيْلٌ لِلْمُشْرِكِينَ    

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu) dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain),

7.    الَّذِينَ لَا يُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ    

Iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartabendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat.

8.    إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ    

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus.

9.    ۞ قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَادًا ۚ ذَٰلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ    

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,

10.    وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ    

Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Dia melimpahkan berkat padanya dan Dia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.

11.    ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ    

Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela;

12.    فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَىٰ فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا ۚ وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ   

Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

13.    فَإِنْ أَعْرَضُوا فَقُلْ أَنْذَرْتُكُمْ صَاعِقَةً مِثْلَ صَاعِقَةِ عَادٍ وَثَمُودَ    

Oleh itu, kalau mereka (yang musyrik) berpaling (daripada mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai Muhammad): Aku memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir, seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud!

14.    إِذْ جَاءَتْهُمُ الرُّسُلُ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۖ قَالُوا لَوْ شَاءَ رَبُّنَا لَأَنْزَلَ مَلَائِكَةً فَإِنَّا بِمَا أُرْسِلْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ    

(Mereka ditimpa azab itu) kerana semasa mereka didatangi Rasul-rasul (memberikan berbagai penjelasan) mengenai keadaan hidup mereka di dunia dan di akhirat (sambil melarang mereka): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, mereka menjawab: Jika Tuhan kami hendak (mengutus Rasul-rasul) tentulah Dia akan menurunkan malaikat; oleh itu sesungguhnya kami kufur ingkar akan apa yang (kamu katakan): Kamu diutus membawanya!

15.    فَأَمَّا عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً ۖ أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ    

Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: Siapakah yang lebih kuat dari kami? Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).

16.    فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا صَرْصَرًا فِي أَيَّامٍ نَحِسَاتٍ لِنُذِيقَهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَخْزَىٰ ۖ وَهُمْ لَا يُنْصَرُونَ

Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).

17.    وَأَمَّا ثَمُودُ فَهَدَيْنَاهُمْ فَاسْتَحَبُّوا الْعَمَىٰ عَلَى الْهُدَىٰ فَأَخَذَتْهُمْ صَاعِقَةُ الْعَذَابِ الْهُونِ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ    

Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayat petunjuk lantas mereka disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.

18.    وَنَجَّيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ    

Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman serta mereka tetap bertakwa.

19.    وَيَوْمَ يُحْشَرُ أَعْدَاءُ اللَّهِ إِلَى النَّارِ فَهُمْ يُوزَعُونَ    

Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke Neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing.

20.    حَتَّىٰ إِذَا مَا جَاءُوهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصَارُهُمْ وَجُلُودُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ    

Sehingga apabila mereka sampai ke Neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

21.    وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدْتُمْ عَلَيْنَا ۖ قَالُوا أَنْطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنْطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ    

Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).

22.    وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُودُكُمْ وَلَٰكِنْ ظَنَنْتُمْ أَنَّ اللَّهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيرًا مِمَّا تَعْمَلُونَ    

Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).

23.    وَذَٰلِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِي ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ أَرْدَاكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ مِنَ الْخَاسِرِينَ    

Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!

24.    فَإِنْ يَصْبِرُوا فَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ ۖ وَإِنْ يَسْتَعْتِبُوا فَمَا هُمْ مِنَ الْمُعْتَبِينَ    

Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana Nerakalah tempat tinggal mereka dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang diterima permohonannya.

25.    ۞ وَقَيَّضْنَا لَهُمْ قُرَنَاءَ فَزَيَّنُوا لَهُمْ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ  

Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).

26.    وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ    

Dan orang-orang yang kafir berkata: Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah ia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!

27.    فَلَنُذِيقَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا عَذَابًا شَدِيدًا وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَسْوَأَ الَّذِي كَانُوا يَعْمَلُونَ    

Maka, demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

28.    ذَٰلِكَ جَزَاءُ أَعْدَاءِ اللَّهِ النَّارُ ۖ لَهُمْ فِيهَا دَارُ الْخُلْدِ ۖ جَزَاءً بِمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ    

Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah iaitu Neraka; disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal di dalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami.

29.    وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا رَبَّنَا أَرِنَا اللَّذَيْنِ أَضَلَّانَا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ نَجْعَلْهُمَا تَحْتَ أَقْدَامِنَا لِيَكُونَا مِنَ الْأَسْفَلِينَ    

Dan orang-orang yang kafir berkata: Wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami dari jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan.

30.    إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ  

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

31.    نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۖ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ    

Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.

32.    نُزُلًا مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ    

(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!

33.    وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ    

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!

34.    وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ    

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

35.    وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ    

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

36.    وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ    

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

37.    وَمِنْ آيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ ۚ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ  

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.

38.    فَإِنِ اسْتَكْبَرُوا فَالَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ يُسَبِّحُونَ لَهُ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَهُمْ لَا يَسْأَمُونَ ۩    

Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan angkuhnya (daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakanNya, maka tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan), kerana malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadaNya pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu.

39.    وَمِنْ آيَاتِهِ أَنَّكَ تَرَى الْأَرْضَ خَاشِعَةً فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ ۚ إِنَّ الَّذِي أَحْيَاهَا لَمُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۚ إِنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati; sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

40.    إِنَّ الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي آيَاتِنَا لَا يَخْفَوْنَ عَلَيْنَا ۗ أَفَمَنْ يُلْقَىٰ فِي النَّارِ خَيْرٌ أَمْ مَنْ يَأْتِي آمِنًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ ۖ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ  

Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami, tidak terselindung keadaan mereka dari (pengetahuan) Kami. (Kalau sudah demikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam Neraka lebih baik atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat? (Katakanlah kepada orang-orang yang menyeleweng itu): Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya).

41.    إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِالذِّكْرِ لَمَّا جَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّهُ لَكِتَابٌ عَزِيزٌ    

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi,

42.    لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ ۖ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ    

Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.

43.    مَا يُقَالُ لَكَ إِلَّا مَا قَدْ قِيلَ لِلرُّسُلِ مِنْ قَبْلِكَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ لَذُو مَغْفِرَةٍ وَذُو عِقَابٍ أَلِيمٍ    

Apa yang dikatakan kepadamu (wahai Muhammad, dari celaan-celaan golongan yang ingkar, tidak lain) hanyalah seperti yang pernah dikatakan kepada Rasul-rasul yang terdahuhu daripadamu. (Oleh itu bersabarlah dengan cekal hati menghadapinya), sesungguhnya Tuhanmu berkuasa penuh melimpahkan keampunanNya (kepada orang-orang yang taat) dan berkuasa penuh menimpakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (kepada orang-orang yang ingkar).

44.    وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَقَالُوا لَوْلَا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ ۖ أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ ۗ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ ۖ وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى ۚ أُولَٰئِكَ يُنَادَوْنَ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ    

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).

45.    وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ فَاخْتُلِفَ فِيهِ ۗ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚ وَإِنَّهُمْ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مُرِيبٍ    

Dan (janganlah engkau merasa kecewa wahai Muhammad tentang keingkaran kaummu, kerana) demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat, lalu berlaku pertentangan mengenainya dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta merta kepada mereka. Dan sesungguhnya mereka (kaummu) masih menaruh syak yang meragukan tentang (kebenaran Al-Quran) itu.

46.    مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا ۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ  

Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.

47.    ۞ إِلَيْهِ يُرَدُّ عِلْمُ السَّاعَةِ ۚ وَمَا تَخْرُجُ مِنْ ثَمَرَاتٍ مِنْ أَكْمَامِهَا وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنْثَىٰ وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ ۚ وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ أَيْنَ شُرَكَائِي قَالُوا آذَنَّاكَ مَا مِنَّا مِنْ شَهِيدٍ    

Kepada (ilmu pengetahuan) Allah jualah kembalinya soal mengetahui masa datangnya hari kiamat dan (demikianlah tiap-tiap apa yang akan berlaku, kerana) sebiji buah (umpamanya) tidak akan keluar dari kelopaknya dan seorang ibu tidak akan mengandung dan tidak akan melahirkan anak, melainkan (pada masa dan keadaan yang betul tepat) dengan pengetahuan Allah dan pada hari Tuhan menyeru mereka (yang musyrik, dengan bertanya kepada mereka): Mana dia makhluk-makhluk yang kamu sifatkan menjadi sekutu-sekutuKu? Mereka menjawab: Kami mengakui kepadaMu (wahai Tuhan kami), bahawa tidak ada di antara kami seorang pun yang mahu menjadi saksi (kerana anggapan kami dahulu telah nyata salahnya)!

48.    وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَدْعُونَ مِنْ قَبْلُ ۖ وَظَنُّوا مَا لَهُمْ مِنْ مَحِيصٍ    

Dan (pada saat itu) hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka sembah dahulu (yang diharapkan pertolongannya) dan yakinlah mereka bahawa tidak ada sebarang jalan untuk mereka melepaskan diri (dari azab seksa).

49.    لَا يَسْأَمُ الْإِنْسَانُ مِنْ دُعَاءِ الْخَيْرِ وَإِنْ مَسَّهُ الشَّرُّ فَيَئُوسٌ قَنُوطٌ    

Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan dan kalau dia ditimpa kesusahan maka menjadilah dia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).

50.    وَلَئِنْ أَذَقْنَاهُ رَحْمَةً مِنَّا مِنْ بَعْدِ ضَرَّاءَ مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ هَٰذَا لِي وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً وَلَئِنْ رُجِعْتُ إِلَىٰ رَبِّي إِنَّ لِي عِنْدَهُ لَلْحُسْنَىٰ ۚ فَلَنُنَبِّئَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِمَا عَمِلُوا وَلَنُذِيقَنَّهُمْ مِنْ عَذَابٍ غَلِيظٍ    

Dan demi sesungguhnya! Jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah dia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah dia (dengan sikap tidak bersyukur): Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata) dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)! Maka demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberat-beratnya.

51.    وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنْسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَىٰ بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ فَذُو دُعَاءٍ عَرِيضٍ    

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.

52.    قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كَانَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ثُمَّ كَفَرْتُمْ بِهِ مَنْ أَضَلُّ مِمَّنْ هُوَ فِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ    

Katakanlah (wahai Muhammad): Sudahkah nampak baiknya keadaan kamu jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah kemudian kamu mengingkarinya? Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang tetap berada dalam perbalahan dan pertentangan, yang menyimpang jauh dari kebenaran?

53.    سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ    

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

54.    أَلَا إِنَّهُمْ فِي مِرْيَةٍ مِنْ لِقَاءِ رَبِّهِمْ ۗ أَلَا إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ مُحِيطٌ    

Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu.

Mukadimah [Pembuka] :

Surah Fussilat terdiri atas 54 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, di turunkan sesudah surah Al Mu'min. Dinamai Fussilat (yang dijelaskan) kerana ada hubungannya dengan perkataan Fussilat yang terdapat pada permulaan surah ini yang bererti yang dijelaskan. Maksudnya ayat-ayatnya di perinci dengan jelas tentang hukum-hukum, keimanan, janji dan ancaman, budi pekerti, kisah, dan sebagainya. Dinamai juga dengan Haa Miim dan As Sajdah kerana surat ini di mulai dengan Haa Miim dan dalam surah ini terdapat ayat Sajdah.

Pokok-pokok isinya :

1. Keimanan.
Al Quran dan sikap orang-orang musyrik terhadapnya; kejadian-kejadian langit dan bumi dan apa yang ada pada keduanya membuktikan adanya Allah SWT; semua yang terjadi dalam alam semesta tidak lepas dari pengetahuan Allah SWT.

2. Dan lain-lain.
Hikmah di ciptakannya gunung-gunung; anggota tubuh tiap-tiap orang menjadi saksi terhadap dirinya pada hari kiamat; azab yang di timpakan kepada kaum Aad dan Tsamud; permohonan orang-orang kafir agar di kembalikan ke dunia untuk mengerjakan amal-amal soleh; berita gembira dari malaikat kepada orang-orang yang beriman; anjuran menghadapi orang-orang kafir secara baik-baik; ancaman terhadap orang-orang yang mengingkari ke-Esaan Allah; sifat-sifat Al Quranul Karim; manusia dan wataknya.

Penutup Surah Fussilat :

Surah Fussilat mengutarakan hal-hal yang berhubungan dengan Al Quran dan sikap orang-orang musyrik terhadapnya; kekuasaan Allah SWTdi langit dan di bumi; ancaman kepada orang-orang musyrik di dunia dan di akhirat. Kemudian di kemukakan tentang keadaan orang-orang yang selalu beribadat kepada Tuhannya, dan di susuli dengan mengemukakan beberapa tabiat manusia.

HUBUNGAN SURAH FUSSILAT DENGAN SURAH ASY SYUURA.

Kedua surah ini sama-sama mengutarakan kebenaran Al Quran, menolak kecaman dan celaan orang-orang kafir Mekah terhadapnya; pujukan terhadap Nabi Muhammad s.a.w agar jangan bersedih hati dan berputus asa, kerana kecaman dan celaan itu sudah sewajarnya datang dari musuh-musuh agama, dan hal itu telah di alami oleh rasul-rasul sebelumnya.


Membudayakan Membaca Al Qur'an 

Wednesday, June 15, 2011

Perjalanan Hidup Manusia - Kiamat.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kiamat.

Bilakah berakhirnya perjalanan hidup kita di Alam Barzakh?

Ya, sampai kita di bangkitkan! Sebelum kita di bangkitkan, kita yang terbujur di dalam perut bumi akan di muntahkan oleh bumi ke angkasa.

Apabila malaikat Israfil meniup sangkakala yang pertama, maka berseleraklah kita ke angkasa bagaikan kapas yang berterbangan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ نَفْخَةٌ وَاحِدَةٌ

Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup,

وَحُمِلَتِ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وَاحِدَةً

Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur,

فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ

Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat,
[Surah.Al Haaqqah: 13 - 15].
________________________________________________________

Bagaimanakah keadaan pada hari "Kiamat" itu?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

الْقَارِعَةُ

Hari yang menggemparkan,

مَا الْقَارِعَةُ

Apa dia hari yang menggemparkan itu?

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?

يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ

(Hari itu ialah: Hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,

وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ

Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ

Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya;

فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ

Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang.

وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ

Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya;

فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ

Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"

وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?

نَارٌ حَامِيَةٌ

(Haawiyah itu ialah): Api yang panas membakar.
[Surah.Al Qaari'ah: 1 - 11].

Ayat-ayat dari surah al Qaari'ah telah memberi gambaran yang jelas akan perjalanan yang akan kita sama-sama tempuhi pada saat dan ketika "Sangkakala" pertama di tiupkan. Kita semua akn melambung ke angkasa, kadang-kala berbentur dengan gunung-ganang dan ada-kalanya kita jatuh terhempas ke bumi.

Berapa lamakah kita akan berada di dalam suasana yang penuh huru-hara tersebut?

Rasulullah s.a.w menjawab di dalam hadith yang di riwayatkan oleh Muslim:

"Jarak di antara dua sangkakala adalah empat puluh [40] tahun".

Wallahu a'lam.

bersambung...Alam Mahsyar.

[Al Faqiir Ilaa Rabbih].

Tuesday, June 14, 2011

Perjalanan Hidup Manusia - Alam Barzakh.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alam Barzakh.


Bererti dengan kematian berakhirlah satu penggal perjalanan lagi, yakni penggal kehidupan di dunia. Perjalanan selanjutnya ialah menuju ke "Alam Barzakh" atau "Alam Kubur".


Berapa panjangkah hidup di "Alam Barzakh" ?


Jawapanya adalah; "Perjalanan di sana di mulai dengan kematian dan di akhiri dengan "Ke-Bangkitan".


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ

sedang di hadapan mereka [iaitu selepas kematian mereka] ada alam barzakh;


إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).


Bagaimana keadaan di "Alam Barzakh"?


Satu di antara dua jenis keadaan, apabila di atas dunia manusia berjalan di atas petunjuk "Ilahi", maka akan bersenang-lenang sambil menanti hari berbangkit.
Sebaliknya, apabila manusia di saat kehidupannya di dunia berjalan mengikut nafsu-nafsi dan keinginan sendiri, maka manusia itu akan menerima kesengsaraan dan merana.


Begitu sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w di saat baginda "Mendo'akan" salah seorang dari sahabat yang baru sahaja kembali kerahmatullah meninggalkan alam dunia yang pasti melanjutkan perjalananya ke "Alam Barzakh".


Do'anya:


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

" Yaa Allah ~ Jadikanlah kuburan seperti kebun daripada kebun-kebun syurga dan janganlah jadikan kuburannya lubang daripada lubang-lubang api neraka!"


Wallahu a'lam.

bersambung...Kiamat.

[Sumber: Al Faqiir Ilaa Rabbih].

Perjalanan Hidup Manusia - Kematian.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bilakah perjalanan dunia ini akan berakhir?

Ya! Apabila "Roh" seseorang itu di pisahkan kembali daripada badannya. Berpisahnya roh dari badan di ertikan atau di namakan "Kematian". Ada dua cara pendekatan yang di maksudkan dari kematian; yakni roh akan di cabut, ada yang melalui ubun-ubun kepala seseorang dan ada pula yang di cabut melalui kedua kakinya.

Pencabutan roh melalui kaki adalah jauh lebih sengsara daripada di cabut melalui ubun-ubun kepala. Rasulullah s.a.w. ketika "Sakaratul-Maut", roh baginda di cabut secara perlahan-perlahan daripada kepala baginda, itu pun baginda tetap merasakan kepedihannya, Allahuakbar.....!

Di dalam "Hadith Riwayat: Imam Turmudzy" di sebutkan bahawa Siti Aisyah r.a. berkata;

"Saya melihat Rasulullah s.a.w. tengah menghadapi sakaratul-maut, di sisi baginda ada sebuah besen [bekas takungan] yang berisikan air, kemudian baginda mencelupkan tangan ke dalamnya dan mengusapkan ke wajahnya, seraya berdo'a; Ya Allah! tolonglah saya dari kepayahan menghadapi maut ini". 

Runungkan sejenak! Apabila Rasulullah s.a.w. sahaja merasakan kepayahan sakaratul maut sedangkan baginda adalah orang yang suci sama sekali tidak mempunyai dosa, bagaimana pula dengan nasib kita yang sekerdil ini sebagai hambaNya sanggup membuat dan bergelumang dengan dosa tanpa merasa takut sedikit pun...Nauzubillahiminzalik!!!

Bagaimana susahnya sakaratul-maut itu, akan di tentukan oleh bentuk "Amalan" yang telah kita kerjakan [lakukan] semasa kita hidup di atas dunia ini. Semakin banyak kita lakukan perkara mungkar atau yang tercela semakin "Susah dan Payahlah" seseorang itu untuk kembali ke rahmatullah, juga di dalam urusan pencabutan nyawanya itu..."Allahuakbar".

Lantas! Siapa sahaja yang mati? Jawapannya, "Pasti....Semua Yang Bergelar Manusia" tidak ada pengecualian.
Semua dari kita akan mati, kematian tidalk hanya datang dari orang yang sudah tua, bahkan kepada yang muda pun ia juga datang, tidak kepada lelaki sahaja, juga kepada perempuan maut ini juga datang.

Kepada setiap yang bernyawa , mati pasti akan menjelang, sebagaimana Allah SWT berfirman;

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati,
(Surah. Al Ankabut: 57)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh;
9Surah.An Nissa: 78)

Kenapa dan untuk apa mati di adakan dengan dua jenisnya pula?

Gunanya adalah untuk mengetahui siapakah di antara manusia yang baik amalannya dan siapa pula yang buruk amalannya.

Allah SWT berfirman:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu);

لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;
(Surah.Al Mulk: 2)

Apabila mati datang menjelang, saat itu amalan baik kita sedikit sekali, maka "Kita Akan Menyesal" dan bermohon kepada Allah SWT untuk dikembalikan ke dunia ini.

Allah SWT berfirman didalam Surah. Al Mu'minuun ayat 99 - 100;
 
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka,

قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

berkatalah ia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia);

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ

Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.

كَلَّا

Sesekali tidak;

Tidak ada cerita untuk kembali ke dunia. Perjalanan hidup mu mesti di teruskan, apabila sudah mati tidak ada lagi suatu penyesalan, di situlah noktahnya.....titik!!!

إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا

Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya,

وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Wallahu a'lam.

bersambung...Alam Barzakh.

[Sumber: Al Faqiir Ilaa Rabbih].

Monday, June 13, 2011

Perjalanan Hidup Manusia - Alam Dunia.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apabila sampai saat dan ketikanya [masanya] kita akan meninggalkan alam rahim dan seterusnya masuk ke "Alam Dunia", suka atau tidak, ianya sudah termaktub. Akan tetapi tidak ada manusia yang tidak suka untuk di lahirkan ke dunia ini, pasti! semuanya suka. Kerana lahir ke dunia adalah sesuai dengan kehendak Allah SWT. Manusia yang suci, adalah seperti  manusia yang masih di alam rahim, tiada kesukaan mereka melainkan mengikut kehendak Allah SWT.

Dengan terlahirnya ke dunia ini, bererti alam ini adalah alam ketiga di dalam perjalanan hidup manusia selepas menempuh alam roh dan alam rahim.

Di dalam menempuh alam dunia manusia tidak di biarkan begitu sahaja, meski pun manusia mempunyai akal, tetapi ia belum cukup untuk memandu manusia dalam menjalani alam dunia ini.Untuk mendapatkan kesempurnaan, Allah SWT turunkan "Wahyu" daripada sisiNya sebagai panduan bagi "Akal" manusia.

Inilah ia hidup kita di dunia!!! Perjalanan hidup di dunia ini akan berakhir dengan baik apabila ia berpandukan wahyu Allah SWT, yangmana wahyu Allah SWT ini bersesuaian dengan akal budi manusia itu sendiri, kerana memang Allah SWT yang menciptakan kesemuanya.

Dan sebaliknya! Alam Dunia ini akan berakhir dengan buruk apabila ia berpandukan kepada "Selain Wahyu" Allah SWT. Apabila tidak berpandukan kepada wahyu Allah SWT, lantas berpandukan kepada apa? Yaa!!! Pasti akan berpandukan kepada bisikan-bisikan syaitan.

Walau apa perjalanan sekali pun yang di ambil oleh manusia di dunia ini, maka ada lagi rintangan yang akan menentukam perjalanan seterusnya, yakni "Kematian".

Wallahu a'lam.

bersambung...Kematian.

[Sumber: Al Faqiir Ilaa Rabbih].